Friday 22 May 2015

Saya Bangga Menjadi Surirumah



Surirumah bukan lah kerjaya yang diimpi oleh wanita. Tetapi bagi wanita yang dah berkejaya dan bekeluarga ia mungkin menjadi satu impian bagi mereka. Mana tak nya siang kerja, balik kerja urus keluarga, makan minum, pakaian, kebersihan rumah dan macam2 lg..

Tapi ada sesetengah golongan yang memandang serong wanita berstatus surirumah, katanya bila jadi sesuatu kat suami hilanglah tempat bergantung. Satu lagi tanggapan belajar tinggi2, dapat degree tapi akhirnya memerap dirumah.

Memang tidak dinafikan sy sendiri risau perkara yang sama.Tapi ini bukan bermakna surirumah tidak perlu mempunyai kelulusan.surirumah berilmu lebih baik kan?

Walaubagaimanapun,cabaran tetap ada.Tentulah ada bezanya bila dua orang berkerja dengan seorang sahja yg berkerja.Oleh itu perancangan kewangan sangat penting. Kami sentiasa memikirkan pelaburan yang boleh menjamin masa depan kami sekeluarga.Maklumlah,sumber pendapatan satu sahaja.Jika gagal diuruskan dengan baik,habislah semuanya.

Selain itu juga,kita perlu ada ilmu untuk mengurus wang sekiranya berlakub kecemasan, contohnya macamana nk draw duit, macamana nk pergi ke satu2 destinasi menggunakan bas, teksi atau lrt, mcamana nk transfer duit dr akaun malaysia ke akaun luar negara, maklumlah kami di Uk tiada sedara mara, hanya ada kawan2 tu pun jauh2 dari rumah kami. 

Jika dihitungkan,gaji surirumah itun lebih mahal.Selepas saya tamat degree, sy memang surirumah sepenuh masa, dan tidak pn berniat untuk mencari kerja memandangkan suami sy sangat selesa bila sy sentiasa dirumah. katanya dia xmungkin mampu untuk membayar khidmat sy sebgai surirumah tapi dia akan sentiasa menyediakan yang terbaik untuk sy. katanya bila sy dirumah beliau boleh fokus pada kerjaya nya.Surirumah mampu mengurus rumah dgn baik, anak2 pula dijaga dengan kasih syg seorang ibu, makan pakai semua setel. Sy juga selesa setiap hari bgun menyediakan kelengkapan untuk suami dan anak2. Sy punya sepenuh masa untuk melayan karenah anak2 dan suami (disamping menulis blog hehehe).

Saya juga mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk mengikut suami. Sekiranya suami perlu posting tempat kerja atau menyambung pengajian (seperti sekarang) saya boleh mengikut tanpa sebarang sekatan.

Antara peristiwa yang menguatkan iltizam saya sebagai surirumah adalah apabila terpaksa berjauhan dengan anak.Sewaktu melahirkan puteri kedua sy, 2 hari sy terpaksa bermalam di hospital .Ini menyebabkan perangai anak sulung sy xkeruan.Yang peliknya bila dia dtg hospital xnk pula dengan sy ,bila sy pergi tandas dia menangis mencari mama nya. Hati sy menangis, baru dua hari sy tinggalkan dia dirumah walau masih kecil ( umur setaun lebih) tapi dia tau erti sedih dan gembira.

Apabila sy balik saja ke rumah dia melompat riang tidur disisi sy.. ia buat sy rasa sy perlu berada di rumah untuk anak2 sy dn juga suami.

Walaupun sy xberkeinginan untuk bekerja tapi minat sy untuk menuntut ilmu sentiasa menebal, mungkin kerana semangat yg suami sentiasa berikan, dia nk sy ada phd kerana ilmu tu harta paling bernilai untuk setiap manusia. Katanya "sy nak awk jadi siti hasmah untuk sy" isteri pemimpin yg sgt disanjungi walaupun berpangkat doktor tp tugas sebgai isteri diutamakan,. 

Sy yakin suami sy mampu mnyediakan yg terbaik untuk sy walaupun sy xbekerja.. kami gembira bahagia dengan tugas kami (tugas sy dirumah, tugas suami bekerja).. sy yakin jika dipanjangkan umur sy mampu jd surirumah yang ad phd juga.. :)


No comments:

Post a Comment