Friday 15 May 2015

Pengalaman Berpantang di United Kingdom

Alhamdulillah lagi 3hari dr hari ini saya akan merdeka walaupun berpantang di sini tidak la seketat seperti berada dirumah mak kan, almaklumla pantang sendiri katakan.

Selesai sahaja melahirkan puteri kesayangan maka bermula la proses berpantang, tapi malang beberapa minit selepas bsalin pun dah langgar pantang bukan kehendak sendiri,, masa tu memang kehausan, kalo di malaysia lepas besalin diorg bg air milo, tapi kat sini di bagi nya air batu.. dengan hausnya sy balun smpai muntah2, kemudian sy mintak air milo panas dengan harapan dapat tambah tenaga, selesai proses uruskan bayi sy ditolak ke wad.. seperti yang dijangka wad nya sgt selesa., satu bilik untuk 4 orang pesakit tapi dipisahkan melalui tirai.. selesa memang selesa dengan katil nya ad remote untuk adjust kedudukan, ad tv, kerusi pelawat, almari, pendek kata kalo kat malaysia boleh la dapat kat hospital swasta. 2 hari berada di hospital bila tiba aje waktu makan diorg akan amik order, pilih je makanan yang ada dalam list. Sy kemudian bertanya apa makanan yang sy boleh makan dan order, midwife tersebut jwb 'you can eat everything because you loose lot of energy' saya pening sebab xtau nak amik makanan apa, dah lupa apa yang xboleh makan, tapi tengok pesakit sebelah rilek aje order kacang, potato, makaroni cheese, sy pun balun la jugak.. 2hari kat hospital memang makan ntah pape. Bila suami datang adalah nasi yg dibawa bekal, dh lapar sangat bedal aje makanan kt hospital tu..

Malam hari kedua dihospital sy dibenarkan balik, tengah jalan nak keluar hospital suami minta kerusi roda sebab pintu hospital ditingkat bawah, malangnya midwife xbenarkan suh bejalan.. memang depa nak kita jalan sebanyak mungkin.. beza dengan malaysia kalo lepas bersalin tu , time tu la boleh rasa layanan macam puteri, tapi kt sini jangan harap..

Setibanya dirumah, kena naik tangga lagi sebab rumah ditingkat 2.. penat tapi bila dismbut oleh keriangan anak sulung hilang semua sakit.

Makanan pantang sy diminggu pertama dan kedua ikan salmon.. boleh dapat dengan harga 10pound sekilo. Ni la 1st time makan sejak dk london, ikan mahal la katakan.. kat sini xsama macam malaysia so mak saya kata lau rasa boleh makan tu makan ajela anggap jela darurat. Sy cuma serius pantang seafood, kacang, telur, yang lain ikut sedap balun. Air plak kalo xpnskan tu maka sejuk lah walaupun bukan dari peti ais... kalo dah haus dan malas sangat balun lah jgk.. darurattttt hahaha..

alhamdulillah dengan bekalan set berpantang affiat dari kampung bolehla sy merasa seperti berpantang, set ckup mandian serai wangi, tungku, barut perut dan mnyak2 dari akar kayu. Suami take over bahagian urut dan bertungku.


midwife akan datang setiap 3hari untuk pastikan anak sihat xd masalah sehinggalah tali pusat tanggal.. kat sini, smpai berbelas hari baru tanggal tali pusat mungkin disebabkan cuaca yang kering. Cuaca mungkin juga menja di faktor bayi tidak dimandikan pun setelah lahir dan mereka juga x galakkan memandikan bayi dalam tempoh 5-7 hari..






No comments:

Post a Comment