Tuesday 12 May 2015

Epidural.sakit tak?

Ramai yang bertanya apa kelebihan ambik epidural, mengikut pengalaman sy epidural adalah magic,, mana tak nya masa bersalin anak pertama dulu berjam2 menahan sakit sementara menunggu bukaan 9cm, tp kali ni sy boleh tidur lena.
Syukur sebab kat uk kita diberi pilihan samada nk bsalin melaui birth pool, amk epidural atau ceaser.. suami meggalakkan sy amk epidural katanya che ta pn siap boleh mekap lagi ketika bersalin..


Bila smpai di hospital sy diberi bilik yg memang ckup lengkap segala peralatan tanpa perlu share dengan patient lain. Kalau di malaysia mungkin menelan belanja ribu riban untuk dpt servis spt kt sni.. tambahan suami boleh menemani sampaila slamt bersalin bukan itu saja seorg midwife akan jaga dan mengawasi kita dri mula smpai akhir.. terasa begitu istimewa. sy kemudian menyatakan hasrat untuk ambil epidural.. sebelum itu kami diberi taklimat secara detail mengenai epidural sementara sy masih blum skit. katanya kajian menyatakan epidural memang xmerbahaya. Sy gagahkan diri sebab nak kne inject kt belakang.. sapa xtakut jarum kn plus nk kne masuk tiub lg. setelah diberi penerangan datang midwife yg mmg bhgian epidural, ni la masa yg boleh kira plg skit sbb 1st time inject xkena btol2 disaluran sraf tunjang.. 3x cucuk huhu sakit.. Dh selesai dia masukkn wayar kecil untuk reload dos seterusnya. Katanya dalam masa 20min epidural tu baru bg kesan kebas dr bhgian pusat smpai kaki..saya juga dimasukkan wayar untuk buang air sebab bila dh kebas hilang rasa bila nk buang air

Setelah 20minit menunggu dan contraction semakin kerap, sy masih sakit,, midwife yg jg sy pun pelik.. then, dia tambah dos epidural.. katanya kedudukan baby back to back menyebabkan kesakitan sy lebih pada biasa .
 Setelah diberi dos tggi brulah sy rasa selesa.. mcm xpercaya je boleh tdo dengan aman,, tapi setiap sejam dia akn reload dos, sy mcm dh ketagih dadah smpai 1jam sy yg akn mntk tmbh dos,, suami kata risau tgk mcm dh ketagih dadah hihi,

Setelah bukaan 9cm kelihatan midwife ramai keluar masuk cek sebab kedudukan baby back to back (muka mengadap ke atas) menyebabkan sy xboleh bsalin normal.. sedih juga sbb dh berjuang smpai bukaan 10cm tp kne masuk jgk operation teater.. masuk je bilik operation sy dibius sparuh sedar, tp suami sentiasa disisi.. lps bius Dr Shahid ya saya masih ingt namanya .beliau skali lagi cek bukaan katanya xperlu czer boleh vacum.. dalam keadaan separuh sedar semua yg ad kt situ minta sy push sedaya mungkin.. melihat wajah suami dgn kata2 smgt nya.. "syg push tlg baby kua" sy sepenuh hati push dengan tak merasa apa-apa sebab badan dah dibius,
Tiba2 dgr suara baby....Syukur... alhamdulillah diringi air mata kami..

Kata midwife "when she grow up tell her that she is notty" mana taknya tali pusat 2 pusingn terbelit dileher..hihii

Kesan Epidural berbeza mengikut individu.
Selepas selesai, saya ditanya bagus x epidural dan lepas ni kalo bsalin lg nk ambil epidural atau x?.. sya jawab mestilah amik kalo kt msia pn sy sggup bayor untuk epidural..
Sebenarnya  bnyk org takut sbb inject je.. tp bg sy biar sakit inject, dari sakit contraction .



No comments:

Post a Comment