Friday 22 May 2015

Saya Bangga Menjadi Surirumah



Surirumah bukan lah kerjaya yang diimpi oleh wanita. Tetapi bagi wanita yang dah berkejaya dan bekeluarga ia mungkin menjadi satu impian bagi mereka. Mana tak nya siang kerja, balik kerja urus keluarga, makan minum, pakaian, kebersihan rumah dan macam2 lg..

Tapi ada sesetengah golongan yang memandang serong wanita berstatus surirumah, katanya bila jadi sesuatu kat suami hilanglah tempat bergantung. Satu lagi tanggapan belajar tinggi2, dapat degree tapi akhirnya memerap dirumah.

Memang tidak dinafikan sy sendiri risau perkara yang sama.Tapi ini bukan bermakna surirumah tidak perlu mempunyai kelulusan.surirumah berilmu lebih baik kan?

Walaubagaimanapun,cabaran tetap ada.Tentulah ada bezanya bila dua orang berkerja dengan seorang sahja yg berkerja.Oleh itu perancangan kewangan sangat penting. Kami sentiasa memikirkan pelaburan yang boleh menjamin masa depan kami sekeluarga.Maklumlah,sumber pendapatan satu sahaja.Jika gagal diuruskan dengan baik,habislah semuanya.

Selain itu juga,kita perlu ada ilmu untuk mengurus wang sekiranya berlakub kecemasan, contohnya macamana nk draw duit, macamana nk pergi ke satu2 destinasi menggunakan bas, teksi atau lrt, mcamana nk transfer duit dr akaun malaysia ke akaun luar negara, maklumlah kami di Uk tiada sedara mara, hanya ada kawan2 tu pun jauh2 dari rumah kami. 

Jika dihitungkan,gaji surirumah itun lebih mahal.Selepas saya tamat degree, sy memang surirumah sepenuh masa, dan tidak pn berniat untuk mencari kerja memandangkan suami sy sangat selesa bila sy sentiasa dirumah. katanya dia xmungkin mampu untuk membayar khidmat sy sebgai surirumah tapi dia akan sentiasa menyediakan yang terbaik untuk sy. katanya bila sy dirumah beliau boleh fokus pada kerjaya nya.Surirumah mampu mengurus rumah dgn baik, anak2 pula dijaga dengan kasih syg seorang ibu, makan pakai semua setel. Sy juga selesa setiap hari bgun menyediakan kelengkapan untuk suami dan anak2. Sy punya sepenuh masa untuk melayan karenah anak2 dan suami (disamping menulis blog hehehe).

Saya juga mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk mengikut suami. Sekiranya suami perlu posting tempat kerja atau menyambung pengajian (seperti sekarang) saya boleh mengikut tanpa sebarang sekatan.

Antara peristiwa yang menguatkan iltizam saya sebagai surirumah adalah apabila terpaksa berjauhan dengan anak.Sewaktu melahirkan puteri kedua sy, 2 hari sy terpaksa bermalam di hospital .Ini menyebabkan perangai anak sulung sy xkeruan.Yang peliknya bila dia dtg hospital xnk pula dengan sy ,bila sy pergi tandas dia menangis mencari mama nya. Hati sy menangis, baru dua hari sy tinggalkan dia dirumah walau masih kecil ( umur setaun lebih) tapi dia tau erti sedih dan gembira.

Apabila sy balik saja ke rumah dia melompat riang tidur disisi sy.. ia buat sy rasa sy perlu berada di rumah untuk anak2 sy dn juga suami.

Walaupun sy xberkeinginan untuk bekerja tapi minat sy untuk menuntut ilmu sentiasa menebal, mungkin kerana semangat yg suami sentiasa berikan, dia nk sy ada phd kerana ilmu tu harta paling bernilai untuk setiap manusia. Katanya "sy nak awk jadi siti hasmah untuk sy" isteri pemimpin yg sgt disanjungi walaupun berpangkat doktor tp tugas sebgai isteri diutamakan,. 

Sy yakin suami sy mampu mnyediakan yg terbaik untuk sy walaupun sy xbekerja.. kami gembira bahagia dengan tugas kami (tugas sy dirumah, tugas suami bekerja).. sy yakin jika dipanjangkan umur sy mampu jd surirumah yang ad phd juga.. :)


Wednesday 20 May 2015

Berkahwin sewaktu belajar di universiti bukan satu bebanan




Percaya atau tidak, kami adalah antara pasangan yang berkahwin ketika belajar, sy dan suami sama2 menuntut di universiti yang sama tetapi di bidang yang berbeza, saya dibidang Multimedia dan suami di bidang Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa.

Cerita cinta kami bermula sejak tahun 2006 dimana kami berkenalan di laman sosial Friendster, sudah jodoh kami dapat belajar di bumbung universiti yang sama. 

Suami sy sangat rajin orangnya sentiasa dapat 1st class, sy pula biasa2 aje result boleh la 3 pointer ke atas. Atas kejayaan suami sy tu dia dapat biasiswa daripada Dell, not bad ditambah pula ptptn xpotong pn even dah dpt biasiswa dan sudah pasti free la sebab setiap semester dapat 1st class. Itulah alasan kukuh kami berkahwin sebab kami rasa kami mampu.

Berkahwin langsung tidak membebankan kami malah sangat memberi kami motivasi, mana tak nya kami dah xperlu berdating konon nk study sama2, semua kami lakukan dirumah bersama2,, masalah kewangan itu memang biasa tapi kami sentiasa mencari jalan, antaranya kami buat bisnes kereta sewa, masuk pertandingan menulis, masuk pertandingan ikon pelajar. Menang atau kalah, untung atau rugi bagi kami perkara biasa asal kami berusaha, semua tu sangat menyeronokkan bila dilakukan bersama2, hari2 menghitung defisit dan surplus maklumlah tiada penginapan free bagi pelajar yang dah berkahwin. 3bulan pertama kami tinggal di rumah sewa luar kampus dengan sewa rm400 sebulan, lepas tu kami pindah masuk dpp maybank dengan bayaran rm1000 untuk 1 semester. Walaupun ada biasiswa kami tetap kena cari income tambahan untuk bayar sewa penginapan kami, biar susah asal kami boleh tinggal bersama. 

Suami sy adalah inspirasi sy, sy tgk dia study lewat malam, bila sy malas dia dukung sy ke meja study. Nak xnak sy terpaksa rajin dan hasilnya result saya semakin naik sehinggalah pernah mencecah 3.73..xterbayang perasaan gembira dapat merasa 1st class, result suami pula alhamdulillah sentiasa naik dan pernah mencapai 4.0. Yang paling sy bangga suami sy adalah pemenang Pingat Emas Canselor Convocation 2013 dimana pingat tertinggi bagi pelajar undergraduate, dengan hadiah bernilai rm10 000. Terima kasih Uum. 2Minggu selepas suami tamat pengajian, dia dah dapat keja di easy rhb bank ipoh, masa tu saya pregnant dan trpaksa tangguh pengajian. Selepas 5bulan bekerja suami dapat tawaran kerja di uum sebagai tutor alhamdulillah itulah cita-cita sebenar suami sy dan rezeki kami sebab xperlu berjauhan, sy boleh meneruskan pengajian disisi suami.




Anak pertama sy lahir pada 2013 tahun dimana suami sy convo. Semester akhir sy pula agak mencabar kerana terpaksa menguruskan anak dalam masa yang sama perlu lebih fokus. Alhamdulillah seperti yg sy kata sy berjaya dapatkn 1st class. 

Sekarang sy sebagai suri rumah sepenuh masa menemani suami sy yg menyambung pengajian di London School of Economics. Bakal pulang bln 8 ni InsyaAllah.

Perjalanan kami menuntut ilmu masih panjang, tahun hadapan insyaAllah suami akan mnymbung pengajian di universiti of Cambridge. Sy beri laluan buat suami demi anak-anak. Bila setel pengajian suami, sy bakal menyusul.. aminn.. doakan kami dipanjangkan umur. 

Bagi sy, berkahwin ketika belajar tiada masalah, malah sangat membantu.. pencapaian kami secara drastik nya meningkat selepas berkahwin, dan suami juga selalu mendapat jemputan untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar. Tiada apa yang dapat menandingi kemahuan yang membara!






Friday 15 May 2015

Pengalaman Berpantang di United Kingdom

Alhamdulillah lagi 3hari dr hari ini saya akan merdeka walaupun berpantang di sini tidak la seketat seperti berada dirumah mak kan, almaklumla pantang sendiri katakan.

Selesai sahaja melahirkan puteri kesayangan maka bermula la proses berpantang, tapi malang beberapa minit selepas bsalin pun dah langgar pantang bukan kehendak sendiri,, masa tu memang kehausan, kalo di malaysia lepas besalin diorg bg air milo, tapi kat sini di bagi nya air batu.. dengan hausnya sy balun smpai muntah2, kemudian sy mintak air milo panas dengan harapan dapat tambah tenaga, selesai proses uruskan bayi sy ditolak ke wad.. seperti yang dijangka wad nya sgt selesa., satu bilik untuk 4 orang pesakit tapi dipisahkan melalui tirai.. selesa memang selesa dengan katil nya ad remote untuk adjust kedudukan, ad tv, kerusi pelawat, almari, pendek kata kalo kat malaysia boleh la dapat kat hospital swasta. 2 hari berada di hospital bila tiba aje waktu makan diorg akan amik order, pilih je makanan yang ada dalam list. Sy kemudian bertanya apa makanan yang sy boleh makan dan order, midwife tersebut jwb 'you can eat everything because you loose lot of energy' saya pening sebab xtau nak amik makanan apa, dah lupa apa yang xboleh makan, tapi tengok pesakit sebelah rilek aje order kacang, potato, makaroni cheese, sy pun balun la jugak.. 2hari kat hospital memang makan ntah pape. Bila suami datang adalah nasi yg dibawa bekal, dh lapar sangat bedal aje makanan kt hospital tu..

Malam hari kedua dihospital sy dibenarkan balik, tengah jalan nak keluar hospital suami minta kerusi roda sebab pintu hospital ditingkat bawah, malangnya midwife xbenarkan suh bejalan.. memang depa nak kita jalan sebanyak mungkin.. beza dengan malaysia kalo lepas bersalin tu , time tu la boleh rasa layanan macam puteri, tapi kt sini jangan harap..

Setibanya dirumah, kena naik tangga lagi sebab rumah ditingkat 2.. penat tapi bila dismbut oleh keriangan anak sulung hilang semua sakit.

Makanan pantang sy diminggu pertama dan kedua ikan salmon.. boleh dapat dengan harga 10pound sekilo. Ni la 1st time makan sejak dk london, ikan mahal la katakan.. kat sini xsama macam malaysia so mak saya kata lau rasa boleh makan tu makan ajela anggap jela darurat. Sy cuma serius pantang seafood, kacang, telur, yang lain ikut sedap balun. Air plak kalo xpnskan tu maka sejuk lah walaupun bukan dari peti ais... kalo dah haus dan malas sangat balun lah jgk.. darurattttt hahaha..

alhamdulillah dengan bekalan set berpantang affiat dari kampung bolehla sy merasa seperti berpantang, set ckup mandian serai wangi, tungku, barut perut dan mnyak2 dari akar kayu. Suami take over bahagian urut dan bertungku.


midwife akan datang setiap 3hari untuk pastikan anak sihat xd masalah sehinggalah tali pusat tanggal.. kat sini, smpai berbelas hari baru tanggal tali pusat mungkin disebabkan cuaca yang kering. Cuaca mungkin juga menja di faktor bayi tidak dimandikan pun setelah lahir dan mereka juga x galakkan memandikan bayi dalam tempoh 5-7 hari..






Tuesday 12 May 2015

Epidural.sakit tak?

Ramai yang bertanya apa kelebihan ambik epidural, mengikut pengalaman sy epidural adalah magic,, mana tak nya masa bersalin anak pertama dulu berjam2 menahan sakit sementara menunggu bukaan 9cm, tp kali ni sy boleh tidur lena.
Syukur sebab kat uk kita diberi pilihan samada nk bsalin melaui birth pool, amk epidural atau ceaser.. suami meggalakkan sy amk epidural katanya che ta pn siap boleh mekap lagi ketika bersalin..


Bila smpai di hospital sy diberi bilik yg memang ckup lengkap segala peralatan tanpa perlu share dengan patient lain. Kalau di malaysia mungkin menelan belanja ribu riban untuk dpt servis spt kt sni.. tambahan suami boleh menemani sampaila slamt bersalin bukan itu saja seorg midwife akan jaga dan mengawasi kita dri mula smpai akhir.. terasa begitu istimewa. sy kemudian menyatakan hasrat untuk ambil epidural.. sebelum itu kami diberi taklimat secara detail mengenai epidural sementara sy masih blum skit. katanya kajian menyatakan epidural memang xmerbahaya. Sy gagahkan diri sebab nak kne inject kt belakang.. sapa xtakut jarum kn plus nk kne masuk tiub lg. setelah diberi penerangan datang midwife yg mmg bhgian epidural, ni la masa yg boleh kira plg skit sbb 1st time inject xkena btol2 disaluran sraf tunjang.. 3x cucuk huhu sakit.. Dh selesai dia masukkn wayar kecil untuk reload dos seterusnya. Katanya dalam masa 20min epidural tu baru bg kesan kebas dr bhgian pusat smpai kaki..saya juga dimasukkan wayar untuk buang air sebab bila dh kebas hilang rasa bila nk buang air

Setelah 20minit menunggu dan contraction semakin kerap, sy masih sakit,, midwife yg jg sy pun pelik.. then, dia tambah dos epidural.. katanya kedudukan baby back to back menyebabkan kesakitan sy lebih pada biasa .
 Setelah diberi dos tggi brulah sy rasa selesa.. mcm xpercaya je boleh tdo dengan aman,, tapi setiap sejam dia akn reload dos, sy mcm dh ketagih dadah smpai 1jam sy yg akn mntk tmbh dos,, suami kata risau tgk mcm dh ketagih dadah hihi,

Setelah bukaan 9cm kelihatan midwife ramai keluar masuk cek sebab kedudukan baby back to back (muka mengadap ke atas) menyebabkan sy xboleh bsalin normal.. sedih juga sbb dh berjuang smpai bukaan 10cm tp kne masuk jgk operation teater.. masuk je bilik operation sy dibius sparuh sedar, tp suami sentiasa disisi.. lps bius Dr Shahid ya saya masih ingt namanya .beliau skali lagi cek bukaan katanya xperlu czer boleh vacum.. dalam keadaan separuh sedar semua yg ad kt situ minta sy push sedaya mungkin.. melihat wajah suami dgn kata2 smgt nya.. "syg push tlg baby kua" sy sepenuh hati push dengan tak merasa apa-apa sebab badan dah dibius,
Tiba2 dgr suara baby....Syukur... alhamdulillah diringi air mata kami..

Kata midwife "when she grow up tell her that she is notty" mana taknya tali pusat 2 pusingn terbelit dileher..hihii

Kesan Epidural berbeza mengikut individu.
Selepas selesai, saya ditanya bagus x epidural dan lepas ni kalo bsalin lg nk ambil epidural atau x?.. sya jawab mestilah amik kalo kt msia pn sy sggup bayor untuk epidural..
Sebenarnya  bnyk org takut sbb inject je.. tp bg sy biar sakit inject, dari sakit contraction .



Sunday 10 May 2015

Kenderaan di UK semasa bersalin

Rumah kami terletak di Leyton.Zon 3.kira kira 45 dari kota london.husband kadang2 naik bas kadang2 naik tube(lrt mcam kt malaysia).pengangkutan awam adalah pengangkutan utama kat sini.haritu ada jugak terfikir nak beli kereta.sebb murah.kereta elok dalam 400pound pun bleh dapat.tapi tak jadi sebb insuran mahal sgt untuk yg takda lesen di Uk.kemudian kat sini parkingnya punyalah susah nak dapat.yang peliknya kalau jalan depan rumah kita tu kosong,bukan bermakna parking tu kita punya.sesiapa pun boleh rebut.public good kan.kita siap buat gazebo lagi.haha...

So,kami pun decide untuk tak beli kereta...gelabah juga lah kan.takkan nak pergi hospital pakai bas..lupa pulak kt sini pun ada aje teksi..murah plak tu.kita call aje car service,kemudian bagitau nak pergi mana..dia terus cakap berapa.macam kami dari rumah ke Hospital Whipcross 5 pound aje..Kereta yang datang pulak bukan main lagi lawa..prius yang besar tu.selesalah..cuma orang kata jangan naik teksi yang hitam tu..dia guna meter.(betul ke?) Dan cas dia mahal..
yang bagus lagi car service kt sini,kita boleh bayar guna debIt card.dan sampai pun cepat aje..

Jadi masa buat check tengah sarat tu,saya dan suami pakai car service aje.pergi balik 10pound.bolehlah dalam 2minggu sekali..
ada pengalaman kawan yg tunggu ambulan.katanya lambat dan ambil masa setengah jam.so sya rasa kalau jenis yang takda pengalaman lago,eloklah amik car service aje.bagi ambulan pada orang yg betul betul memerlukan...hehe


Saturday 9 May 2015

Pengalaman Bersalin di United Kingdom

Pada mulanya memang penuh rasa tanda tanya apa yg akan terjadi sebab semuanya tak pasti.Paling takut kalau doktor cakap omputih masa tengah sakit.mana nak cekau wordnya kan.

Saya mengikut suami belajar di London School Of Economics.Jadi daptlah kemudahan perubatan percuma dibawah NHS kerana Visa Tier 4.Tapi apa apapun kita perlulah mendaftar dulu.pengalaman sya ia agak leceh kerana makan masa.berminggu minggu baru siap bagi borang.sistem kt sini semua kena pakai appointment.tak mcam kt malaysia boleh walk in aje..selagi tak siap mendaftar,jangan haraplah nak dapat apa2 rawatan.kalau kena staf yg lembab, memang sedih lah.

Satu lagi yang tak best kat sini kita tiada option.contoh kalau kita nak scan sendiri sendiri kt Malaysia mungkin RM50 aje.tapi  kt london sampai ratus pound! Jadi nak tak nak terpaksa pergi ke NHS jugak.bersabar sikit sajalah masa nak register.tapi kalau dah masa dah daptkan service,semuanya terjaga.


Pengalaman mendaftar sya mungkin tak menyeronokkan.tapi pengalaman melahirkan anak di UK sangat luar biasa.perkhidmatan tip top first class...

Bersambung...

Friday 6 September 2013

Assalamualaikum...blog ni hanya berkisar tentang diriku...semua dan hanya kebahagiaan dikongsi bersama..dengan tujuan satu hari nanti anak2 ku dapat membaca kisah hidup mama nya. :)