Wednesday 20 May 2015

Berkahwin sewaktu belajar di universiti bukan satu bebanan




Percaya atau tidak, kami adalah antara pasangan yang berkahwin ketika belajar, sy dan suami sama2 menuntut di universiti yang sama tetapi di bidang yang berbeza, saya dibidang Multimedia dan suami di bidang Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa.

Cerita cinta kami bermula sejak tahun 2006 dimana kami berkenalan di laman sosial Friendster, sudah jodoh kami dapat belajar di bumbung universiti yang sama. 

Suami sy sangat rajin orangnya sentiasa dapat 1st class, sy pula biasa2 aje result boleh la 3 pointer ke atas. Atas kejayaan suami sy tu dia dapat biasiswa daripada Dell, not bad ditambah pula ptptn xpotong pn even dah dpt biasiswa dan sudah pasti free la sebab setiap semester dapat 1st class. Itulah alasan kukuh kami berkahwin sebab kami rasa kami mampu.

Berkahwin langsung tidak membebankan kami malah sangat memberi kami motivasi, mana tak nya kami dah xperlu berdating konon nk study sama2, semua kami lakukan dirumah bersama2,, masalah kewangan itu memang biasa tapi kami sentiasa mencari jalan, antaranya kami buat bisnes kereta sewa, masuk pertandingan menulis, masuk pertandingan ikon pelajar. Menang atau kalah, untung atau rugi bagi kami perkara biasa asal kami berusaha, semua tu sangat menyeronokkan bila dilakukan bersama2, hari2 menghitung defisit dan surplus maklumlah tiada penginapan free bagi pelajar yang dah berkahwin. 3bulan pertama kami tinggal di rumah sewa luar kampus dengan sewa rm400 sebulan, lepas tu kami pindah masuk dpp maybank dengan bayaran rm1000 untuk 1 semester. Walaupun ada biasiswa kami tetap kena cari income tambahan untuk bayar sewa penginapan kami, biar susah asal kami boleh tinggal bersama. 

Suami sy adalah inspirasi sy, sy tgk dia study lewat malam, bila sy malas dia dukung sy ke meja study. Nak xnak sy terpaksa rajin dan hasilnya result saya semakin naik sehinggalah pernah mencecah 3.73..xterbayang perasaan gembira dapat merasa 1st class, result suami pula alhamdulillah sentiasa naik dan pernah mencapai 4.0. Yang paling sy bangga suami sy adalah pemenang Pingat Emas Canselor Convocation 2013 dimana pingat tertinggi bagi pelajar undergraduate, dengan hadiah bernilai rm10 000. Terima kasih Uum. 2Minggu selepas suami tamat pengajian, dia dah dapat keja di easy rhb bank ipoh, masa tu saya pregnant dan trpaksa tangguh pengajian. Selepas 5bulan bekerja suami dapat tawaran kerja di uum sebagai tutor alhamdulillah itulah cita-cita sebenar suami sy dan rezeki kami sebab xperlu berjauhan, sy boleh meneruskan pengajian disisi suami.




Anak pertama sy lahir pada 2013 tahun dimana suami sy convo. Semester akhir sy pula agak mencabar kerana terpaksa menguruskan anak dalam masa yang sama perlu lebih fokus. Alhamdulillah seperti yg sy kata sy berjaya dapatkn 1st class. 

Sekarang sy sebagai suri rumah sepenuh masa menemani suami sy yg menyambung pengajian di London School of Economics. Bakal pulang bln 8 ni InsyaAllah.

Perjalanan kami menuntut ilmu masih panjang, tahun hadapan insyaAllah suami akan mnymbung pengajian di universiti of Cambridge. Sy beri laluan buat suami demi anak-anak. Bila setel pengajian suami, sy bakal menyusul.. aminn.. doakan kami dipanjangkan umur. 

Bagi sy, berkahwin ketika belajar tiada masalah, malah sangat membantu.. pencapaian kami secara drastik nya meningkat selepas berkahwin, dan suami juga selalu mendapat jemputan untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar. Tiada apa yang dapat menandingi kemahuan yang membara!






No comments:

Post a Comment